Rabu, 9 Mac 2011

beza cinta kita dengan cinta orang lain

Pasangangan lain,mereka selalu ingat senyuman diwajah pasangan mereka, tapi saya hanya teringatkan wajah kamu yang sedih kerana saya selalu berfikir bagaimana cara  saya nak membuat awak tersenyum kerana seyuman awak terlalu mahal bagi saya.Pasangan lain akan menyediakan makanan yang enak-enak untuk pasangan mereka,tapi saya hanya dapat mempersiapkan makanan yang kamu suka, kerana saya hanya mahu awak menikmati apa yang awak suka.Pasangan lain setiap detik selalu teringin menelefon pasangan mereka, tetapi saya hanya teringat untuk menelefon awak kerana saya takut menganggu kerja awak dan saya hanya menunggu panggilan dari awak. Pasangan lain mengharapkan pasangannya berubah demi dia, tetapi saya hanya mengharapkan awak boleh berubah untuk saya dan berubah kerana ibu bapa dan  Allah S.W.T.Pasangan lain selalu bertanya kepada pasangannya mengapa kamu selalu membuat saya sedih? Tapi saya  selalu mananyakan diri sendiri mengapa membuat kamu sedih Pasangan lain boleh melihat semua yang telah dia korbankan untuk pasangannya,tapi saya melihat semua yang telah kamu korbankan untuk saya. Mereka berpikir bahwa pertengkaran adalah akhir dari segalanya. Tapi saya berpikir, jika tidak pernah bertengkar  bukan dinamakan cinta ,awak juga pernah cakap kat saya cinta itu ketawa dan air mata. Pasangan lain selalu ingin pasangannya disampingnya menemaninya selamanya, tapi saya hanya  selalu berharap selamanya awak  disamping saya menemani saya. Pasangan lain selalu berusaha menjanjikan pasangan mereka apa yang pasangan mereka impikan., tapi awak selalu  berhati-hati dalam berjanji mungkin awak  tak ingin saya kecewa,sebab tu lah saya jatuh hati kat awak kerana awak tak berjanji dengan kata-kata , tapi perbuatan awak membuat  saya sayang awak sangat2. Pasangan lain akan membahaskan semua masalah terhadap pasangannya ,tapi awak sembunyikan dari saya mungkin awak  tidak ingin saya memikirkan apa-apa, awak sudah menyiapkan semuanya untuk saya. Pasangan lain akan merindukan pasangannya ketika jauh,tapi saya tetap merindukan awak bahkan ketika awak dekat dengan saya..


terima kasih awak kerana memilih saya sebagai kawan serta kekasih awak..
sayangnya saya kat awak yang satu je tahu,kerana dialah yang maha mengetahui..
salam sayang untukmu...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan